Ceramah Keselamatan Siber di SMK Lutong Miri
13 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2017 yang lalu, PI yang terlibat iaitu PI Kg. Luak, PI RPR Permyjaya, PI Kg. Lambir dan PI Piasau telah mengadakan ceramah Keselamatan Siber di SMK Lutong Miri. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 2 sesi pagi dan petang.
Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan siber. Antara topik yang disentuh ialah Oversharing, penipuan kewangan, maklumat palsu dan buli siber.
Selepas berakhirnya ceramah itu, para pelajar telah didedahkan dengan keselamatan siber dan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan internet. Selain itu, program ini dapat mengeratkan silaturahim antara staf PI dan para peserta seterusnya membuatkan PI Berjaya dikenali orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: